Alhamdulillah, segala pujian tertentu buat Allah s.w.t kerana dengan limpah rahmatNya, program Deen Intensive Dublin dapat dilaksanakan buat ketiga kalinya. Program intensif selama sebulan ini membawakan pengisian ilmu agama yang merangkumi aspek tauhid, fiqh, tasawuf, hadith dan tafsir; untuk mendidik diri mencintai Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w sepenuh hati. Diibaratkan sebagai satu peluang keemasan untuk mengutip mutiara kalam para ulama, DID membawakan al-Fadhil al-Ustaz Mohammed Fauzi al-Yamani untuk menyampaikan syarah ilmu beliau. Berikut merupakan senarai kitab serta kuliah yang telah dijalankan sepanjang DID III ini :
(1) Kitab Safinatun Najah
(2) Kitab Wasiat Imam al-Haddad [siri 2]
(3) Kitab Hadith Syamaail Imam Tirmizi
(4) Kitab Dakwah Fardiyah
(5) Kitab 500 Sunnah Dalam Solat
(6) Kitab Manzumah Aqidah Awam
(7) Kuliah Pengurusan Jenazah
(8) Kuliah Buat Nuqaba'
(9) Kuliah Mawlid & Bacaan Mawlid
(10) Tafsir Al-Qiyamah & Pesanan Terakhir DID III
>>juga terdapat rakaman video DID, dapatkan melalui link ini
No favorite files
Add Comment: